webpage counter
Daisypath Friendship tickers
"jangan bersedih.jadilah wanita yang paling bahagia"
"bila datang kepadamu berita tentang kekuranganku.itu adalah bukti sesungguhnya diriku sempurna"

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN

Rabu, 1 Februari 2017

Rheumatoid Arthritis

aku menyepi dan aku kembali dengan post berkaitan penyakit.
wat the..

aku scroll2 fb dan nampak yang pasai rheumatoid arthritis atau aku singkatkan RA punya awareness day bersamaan 2/2.sama dengan esok la kan.
jadi aku pon membukak belog yang usah dikatakan berdebu barangkali sudah berhantu semata2 nak post pasai nie.
tolong cakap tahniah dan tolong tengok last post aku.

memang wajar aku dapat ucapan tahniah bukan?HAHAHAHAHAH

hai kawan2.
saya amanina dan alhamdulillah masih bernapas dia usia menjengah 27.

RA nie adalah seketol penyakit berkaitan sendi.
atau bahasa kasar atau kampung, radang sendi.
nampak macam layaknya dihinggapi oleh golongan veteran kan?
jangan begitu sebab aku dah dihinggapi seawal usia 7tahun.
tolong senyum tanda sokongan mental.

dan satu benda yang orang kena taw.
penyakit nie kalau xdirawat dengan betol.
boleh menimbulkan kecacatan kekal.
dan aku pon tercacat sekali.
bukan sebab aku tak dapat rawatan awal.
tapi mungkin Allah takmau bagi aku lupa diri,makanya Dia tinggalkan aku dengan kecacatan kekal.
tapi aku tasakit taw apa yg jadi yang ditinggal nie..xda rasa pon..cuma tulang lembik sikit.HAHAHAHAHAHAHA!

(taknampak sangat pon,cuma dalam keadaan2 tertentu akan nampak,kawan2 yang rapat dengan aku memang perasan benda nie)

aku setat sakit nie masa umur 7tahun.
bermula dengan satu rasa yang seakan2 batu kecik2 masok dalam kasot sekolah dan aku pijak batu tu.
ya,itu ja kurang lebih rasanya.
tapi makin melarat,dia dah mula tangkap bahagian betis,jadi macam krem (orang kedah cakap cekang), aku tataw nak bagi bahasa kolumpo.
bila betis dah cekang,aku punya tapak kaki dah xboleh nak pijak tanah.
dah serupa kena karen pon ada.tragis hidop masa tu.

aku malas nak cerita panjang.
cuma nak berpesan.
andaikata dah ada anak nanti.
kalau anak tu cakap sakit,tolong lah percaya walopon kita nak percaya takpercaya.
sebab mungkin dia betoi2 sakit.
takot dia xdapat rawatan awal.
silap haribulan bukan cacat.
tapi lumpuh.

aku ni dulu sampai tak berjalan sebulan.
sampaikan kena buat fisioterapi belajar jalan balek
belajar jalan ya kawan2
belajar jalan di usia 7tahun.
berapa banyak aku ponteng zaman sekolah rendah ntah
dah berapa kali aku malu nak p sekolah, sebab muka aku gemok lepas keluar wad (kesan ubat)

dan betapa cemburunya aku dengan zaman kanak2 kawan2 aku yang lain.

tapi tu dulu la.
alhamdulillah aku dah berhenti ubat.
dan dah ditamatkan tempoh2 rawatan susulan di kelinik pakar
rasanya tahun 2015 kot aku stop,kalau xsalah la
aku ada ubat untuk makan bila aku sakit.
tapi aku dah lama xmakan. (ubat tu expired dah kot)
dan aku harap aku bejaya la tahun nie xambik langsong ubat tu.
badan aku dah penoh dengan dadah kawan2.
ini kalau test air kencing,sesilap masok lokap.
HAAHHAHHAHA..memaen jela.

tapi aku pecaya la dalam darah aku nie memang banyak bahan kimia pon.
tengok la tempoh masa aku sakit.
20 tahun nak masok tahun nie.
penyakit nie tak hilang.dan xsembuh sepenuhnya.
dia akan berulang,
cuma dalam keadaan kita mampu kawal ataupon dak

kadang2 masih rasa,tapi aku dah besar..aku pandai nak kontrol diri sendiri.

ni bukan penyakit keturunan.
jangan salahkan keturunan atas penyakit2 nie.
senget..takdanya salah tok wan moyang.
xdak2.
ni penyakit berkaitan darah.
terlebih asid mungkin.
sebab tu pengidap2 RA kena pantang seafood dan benda2 masam.
tapi aku bedal jugak
(mengikot kawalan aku la,kalau rasa over tu,,aku slow sikit)

apa2 pon.
doa2kan lah kami2 yang tak berapa nak sihat
atau boleh dikategorikan sihat dalam sakit nie
kembali pulih dan dapat jalani hidup seharian macam orang2 normal.

aku besyukur dengan apa adanya aku
takda apa yang aku nak meratap.

^_^





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

klik di sini.