webpage counter
Daisypath Friendship tickers
"jangan bersedih.jadilah wanita yang paling bahagia"
"bila datang kepadamu berita tentang kekuranganku.itu adalah bukti sesungguhnya diriku sempurna"

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN

Isnin, 28 Oktober 2013

sekali

pernah dipersoalkan
dan setempek ditampal jawapan
kenapa aktif di kolej..apa yang dapat melainkan dapat stay kolej?
berbeza dengan aktif di u, peringkat yang lebih tinggi.

ya iya
saya mengaku dan xpernah salah
kami xpernah dapat apa2 untuk jadi MMK
untuk jaga kebajikan student
untuk bekerja tanpa gaji
untuk meeting sampai lewat malam kadang2 menjelang pagi
untuk jalankan sesuatu event yang belum tentu untung rugi
sungguh xdapat apa2 jika dinilai dari wang ringgit

satu saya dapat
pengalaman.
pembelajaran

saya pernah duduk di kolej
tapi saya kosong
saya pergi kelas
saya balek kelas
habuk saya xdapat
langsung

saya tak tawu apa2.
hidup saya sekadar habeskan esaimen untuk grad
cukup sekali pengalaman tue
saya berpeluang sekarang
tak mungkin saya ulang
kat sini saya berpeluang
di mata upsi saya bukan siapa2
dan saya xberminat untuk terlampau menonjol di upsi
cukup di kolej
habes kontrak perjanjian di kolej
segalanya tamat.

saya kembali seperti biasa
:)


Khamis, 24 Oktober 2013

marah.

sebab
i love u.

Khamis, 10 Oktober 2013

kawan kawan

dari kecik
telinga saya sering disumbatkan
dengan bait2 ayat sebegini mungkin dalam versi yang berbeza

'carik kawan yang elok2..jangan kawan dengan kawan yang tak berjenis'

ok..berjenis disini bermaksud
kawan yang ntah apa2.

itu dulu..
masa zaman muda belia saya
masa pemikiran disogok dengan percakapan sekeliling
tanpa sempat otak saya menghadam maksud

tapi ini cerita sekarang
selepas saya mampu berfikir secara waras
sewaras seseorang yang mencecah 20an

kawan tak mampu dipilih
sebab kawan datang tanpa dipinta
tetiba kita berkawan
mana ada time nak berkenalan
kita tanya dia
weh..ok ka aku kawan ngan ang?
mak aku pesan..carik kawan hat elok2..
ang rasa ang elok?
saya rasa kalau soalan ini dilontarkan
sampai ke mati kau tak berkawan
haha!

percayalah
kita boleh berkawan dengan semua orang
walaupun dia too jahat nauzubillah
di setiap jahat dia
ada sekuman kebaikan dalam diri dia

bila orang cakap.
sapa kawan kita too yang akan tunjukkan diri kita
ini pon aku rasaa xboleh pakai
yang boleh tunjuk sapa diri kita
kita sendirik

kalau kawan too jahat
berkawan dengan orang jahat
sebab orang baik
nak berkawan dengan orang baik ja
sampai ke sudah
jahat tetap jahat
baik tetap baik
eh
salah..
belom tentu dia baik sampai bebila

tepok dada
tanya iman
kita boleh ubah kawan kita walaupun kita nie tak sebaik mana

macam saya cakap sebelum nie
sejahat2 manusia..
ada sedikit kuman baik dalam hati

selamat berkawan kawan2



Selasa, 8 Oktober 2013

ingat diri

ingat2kan diri
tentang kisah silam kita
supaya punya ruang dalam otak sempit
untuk sentiasa membuka peluang
peluang untuk diri untuk berubah
peluang untuk diri untuk mengubah
peluang untuk diri untuk perubahan

ingat2kan diri
untuk memberi peluang
untuk insan2 sekeliling
yang ada salah tanpa sedar
oh jangan terlalu kejam menghukum
manusia senang maafkan diri
susah nak maafkan sekeliling

konon diri sempurna
tak pernah sedar diri penuh hina
kita mulia dimata manusia bukan kerana tiada dosa
tapi aib ditutup Maha Esa




Ahad, 6 Oktober 2013

rasa

biar jadi yang pertama
yang berani luahkan rasa
perempuan bukan makhluk yang gemar menanti
biar yang terluah terus masuk kehati