webpage counter
Daisypath Friendship tickers
"jangan bersedih.jadilah wanita yang paling bahagia"
"bila datang kepadamu berita tentang kekuranganku.itu adalah bukti sesungguhnya diriku sempurna"

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN

Ahad, 8 Disember 2013

warrior.

ada kesan2 pada fizikal
yang mampu buat saya berfikir panjang
yang membezakan saya dengan insan2 lain
yang ingatkan saya dengan masa lalu

saya punya doa
biar sakit saya rasa
biar pahit yang pernah saya telan
tak ditanggung oleh apa yang akan saya lahirkan nanti
mungkin terlalu awal untuk saya fikirkan
tapi sejujurnya saya risau
risau andai saya punya zuriat
tempias sakit turut dia rasa

mohon doa
jangan sampai sakit saya dia rasa
jangan sampai zaman kanak-kanak diragut
biar dia hidup macam insan biasa
biasa dia gelak tawa
tanpa punya sejarah silam
yang penuh penderitaan

jangan sampai satu masa
dari mulut kecil tanpa bisa
saya disoal tanpa ada rasa
' kenapa saya ? '
mungkin ini jawapan paling indah yang mampu saya bawa
untuk pujuk jiwa yang tiada dosa
serupa dengan jawapan insan mulia yang pernah jawab soalan yang sama dari mulut saya
' sebab Allah sayang awak '

terima kasih tuhan
sedarkan saya

:)

Sabtu, 9 November 2013

fuh fuh jahat baik

saya pernah marahkan seseorang
marah sebab dia tuduh tanpa perasaan
tapi saya nak pesan
jangan belajar berdendam
marah macam mana sekalipun
benci macam mana sekalipun
bagi ruang untuk hati maafkan sekeliling
macam mama cakap
sebelum tidur
ambik masa untuk maafkan orang lain
mana tawu dengan cara kita maafkan orang
orang2 yang pernah kita sakitkan tanpa sedar terbukak hati nak maafkan kita
kita kena ingat
dosa dengan Allah kita boleh mintak maaf dengan Allah
tapi dosa dengan manusia
kita kena mintak maaf dengan orang too jugak.

satu lagi perubahan
saya kenal sorang nie yang saya rasa
dia boleh ke?
sampai satu masa Allah tiupkan hidayah
se open2 dia
finally tertutup
lebih tutup dari orang yang bertutup sebelum dia

bagi sekeliling peluang
yang pegang hati kita too Allah
moga perubahan tersebut kekal dan jadi lebih baik
saya harapkan perubahan seseorang
saya tawu dia dalam proses perubahan
saya doakan yang paling baik

:)

dua puluh tiga

assalamualaikum
alhamdulillah.
masih punya waktu untuk cecah ke 23 tahun.

terima kasih Allah pinjamkan saya nyawa
terima kasih mama dan arwah abah untuk pengorbanan dari sekecik2 kakak sampai mencecah ke usia nie.
walaupun tak sempat untuk berbakti ke abah.moga ada peluang untuk berbakti ke mama.insyaAllah
terima kasih adik beradik tercinta untuk segalanya,gaduh bertumbuk sepak terajang gurau kasar.haha.
terima kasih kawan2 untuk penerimaan insan ini ke hidup kalian.

terima kasih awok.
moga ada jodohnya.
moga tidak dibolak balikkan hati kita.
moga apa yang berubah antara kita.
berubahnya kerana Allah.
bukan kerana rasa.
terima kasih terima saya apa adanya.

terima kasih  untuk doa kalian
terima kasih untuk ucapan
terima kasih untuk perkenalan
terima kasih untuk persahabatan
terima kasih untuk pengalaman
terima kasih untuk kenangan

banyak salah silap saya
maafkan segalanya
mohon diberi peluang yang mampu membawa perubahan
tegur segala salah saya
tegur segala yang mungkin ada yang mengguris jiwa.
saya insan biasa

mungkin ada sedikit ilmu Allah jadikan saya sebagai perantara untuk sampaikan sepanjang umur saya yang lepas
saya halalkan segalanya
sama ada secara biasa atau luarbiasa
panjangkan ilmu2 tersebut
semoga ada bekalan untuk kita di Mahsyar sana

doakan saya kekal istiqamah
berubah ke arah kebaikan
memimpin sesiapa yang dibawah tanggungjawab saya untuk dipimpin

terima kasih mama abah keluarga
terima kasih untuk segalanya.
demi Allah
saya sayang semua.

moga ada keberkatan didalam langkah2 kita
setiap hela nafas
moga ada manfaatnya untuk isi dunia.

setiap doa kalian
saya juga berdoa
moga doa2 itu berbalik kepada kalian.

sembilan sebelas
amaninayusoff

Isnin, 28 Oktober 2013

sekali

pernah dipersoalkan
dan setempek ditampal jawapan
kenapa aktif di kolej..apa yang dapat melainkan dapat stay kolej?
berbeza dengan aktif di u, peringkat yang lebih tinggi.

ya iya
saya mengaku dan xpernah salah
kami xpernah dapat apa2 untuk jadi MMK
untuk jaga kebajikan student
untuk bekerja tanpa gaji
untuk meeting sampai lewat malam kadang2 menjelang pagi
untuk jalankan sesuatu event yang belum tentu untung rugi
sungguh xdapat apa2 jika dinilai dari wang ringgit

satu saya dapat
pengalaman.
pembelajaran

saya pernah duduk di kolej
tapi saya kosong
saya pergi kelas
saya balek kelas
habuk saya xdapat
langsung

saya tak tawu apa2.
hidup saya sekadar habeskan esaimen untuk grad
cukup sekali pengalaman tue
saya berpeluang sekarang
tak mungkin saya ulang
kat sini saya berpeluang
di mata upsi saya bukan siapa2
dan saya xberminat untuk terlampau menonjol di upsi
cukup di kolej
habes kontrak perjanjian di kolej
segalanya tamat.

saya kembali seperti biasa
:)


Khamis, 24 Oktober 2013

marah.

sebab
i love u.

Khamis, 10 Oktober 2013

kawan kawan

dari kecik
telinga saya sering disumbatkan
dengan bait2 ayat sebegini mungkin dalam versi yang berbeza

'carik kawan yang elok2..jangan kawan dengan kawan yang tak berjenis'

ok..berjenis disini bermaksud
kawan yang ntah apa2.

itu dulu..
masa zaman muda belia saya
masa pemikiran disogok dengan percakapan sekeliling
tanpa sempat otak saya menghadam maksud

tapi ini cerita sekarang
selepas saya mampu berfikir secara waras
sewaras seseorang yang mencecah 20an

kawan tak mampu dipilih
sebab kawan datang tanpa dipinta
tetiba kita berkawan
mana ada time nak berkenalan
kita tanya dia
weh..ok ka aku kawan ngan ang?
mak aku pesan..carik kawan hat elok2..
ang rasa ang elok?
saya rasa kalau soalan ini dilontarkan
sampai ke mati kau tak berkawan
haha!

percayalah
kita boleh berkawan dengan semua orang
walaupun dia too jahat nauzubillah
di setiap jahat dia
ada sekuman kebaikan dalam diri dia

bila orang cakap.
sapa kawan kita too yang akan tunjukkan diri kita
ini pon aku rasaa xboleh pakai
yang boleh tunjuk sapa diri kita
kita sendirik

kalau kawan too jahat
berkawan dengan orang jahat
sebab orang baik
nak berkawan dengan orang baik ja
sampai ke sudah
jahat tetap jahat
baik tetap baik
eh
salah..
belom tentu dia baik sampai bebila

tepok dada
tanya iman
kita boleh ubah kawan kita walaupun kita nie tak sebaik mana

macam saya cakap sebelum nie
sejahat2 manusia..
ada sedikit kuman baik dalam hati

selamat berkawan kawan2



Selasa, 8 Oktober 2013

ingat diri

ingat2kan diri
tentang kisah silam kita
supaya punya ruang dalam otak sempit
untuk sentiasa membuka peluang
peluang untuk diri untuk berubah
peluang untuk diri untuk mengubah
peluang untuk diri untuk perubahan

ingat2kan diri
untuk memberi peluang
untuk insan2 sekeliling
yang ada salah tanpa sedar
oh jangan terlalu kejam menghukum
manusia senang maafkan diri
susah nak maafkan sekeliling

konon diri sempurna
tak pernah sedar diri penuh hina
kita mulia dimata manusia bukan kerana tiada dosa
tapi aib ditutup Maha Esa




Ahad, 6 Oktober 2013

rasa

biar jadi yang pertama
yang berani luahkan rasa
perempuan bukan makhluk yang gemar menanti
biar yang terluah terus masuk kehati

Sabtu, 28 September 2013

ini aku malu

wohoo
assalamualaikum
untuk kedua kalinya
saya berbasikal beramai2
jarak yang agak jauh
before nie setakat proton city
tapi kali nie terlajak banyak
sampai ke kampus lama
dan terus ke sungai samak
jauh jugak sebenarnya
ohoii

bukan point nak cerita tentang basikal
cuma
aku agak segan bila dalam keadaan berpeluh
bahasa mudah agak selekeh
pakai bedak pon bedak dah hilang
dengan muka merah padam
ada pulak 'orang' too kat situ kan
malu 18 jam ah macam nie

too baru basikal
kalau tengok aku kt kem organisasi za'ba rituu
dengan nanges aku
dengan sakit aku
agak2
bertan2 malu aku
syukur jugak la dia xjoin koz
kalau tak bertimpa malu aku
haha

sayang family selamanya bersama+maziah sabri
:)

Jumaat, 13 September 2013

pencerahan pdi

assalamualaikum dan selamat pagi/tengahari/petang/malam

ada benda yang saya nak cakap
tapi tak tercakap untuk tempoh bercakap malam tadi.
sebelum too nak perincikan sikit tentang pdi.
yang agak berterabur kami terangkan.
nebes kaw.
-_-

sekali lagi diulang.
ini exco penerbitan dan informasi (pdi) bukan biro speaker dan muzik
(adik yang berkenaan jangan sentap.akan akak ingat sampai letak jawatan)
hahahahaha!
di bawah pdi ada tiga unit kecil2an
tapi digabungkan untuk menjalankan sesuatu program
sebenarnya ada nama sedap dia untuk tiga unit nie.
tapi kita simplekan untuk memudahkan pemahaman

kita mulakan dengan fotografi
macam yang dicakap
awak2 semua selalu nampak maziah,kaknurul,karim,lan dan saya sendirik pegang kamera untuk snap gambar2 aktiviti.
dan gambar2 too akan kami upload di unit media kolej za'ba
itu memang rutin
setiap kali aktiviti berlangsung
sama ada secara kecil2an sampai ke tahap besar2an
contohnya hari terbuka kolej za'ba
orang2 kuat fotografi akan berjalan2 amik gambar.
too dah memang kerja dowang.
sebenarnya para2 fotografer ada lagi.
nanty insyaAllah kita temukan di meeting pdi yang akan diadakan selepas pemilihan rakan exco.
untuk yang berminat nak jadi fotografer.
nak berjalan2 ambik gambar
nak bergambar dengan retis macam maziah buat.haha
silakan.
kami sangat2 alu2kan kedatangan anda dalam unit penerbitan dan informasi
tapi jangan malu meh.
tukang amik gambar selalu menjadi tumpuan.
sebab dowang akan bergerak ke depan.
dannnnnnnnnnnn
ini penting.
kalau takda kamera pon boleh masok pdi
jangan sempitkan kepala otak
nak masok pdi
kena ada kamera
nope.
kami haramkan sama sekali pemikiran kotor anda.
yeargh..
saya masok pdi tanpa kamera
macam too jugak kawan2 yang lain
xsemua masok pdi dengan kamera
tapi kami boleh bergambar
hehe

unit yang kedua
bahagian editing
contoh terdekat memang banyak
banner,slide,bunting,poster blablabla
selagi perlu didesign
kami usahakan selagi ada daya
jangan cakap awak tak pandai nak guna software.
sedangkan awak belom belajar
banyak benda yang kita dah cakap tataw sebelum kita mulakan
mulakan dulu
agak tak ok
nanty nex sem tukar rakan exco
kami akan cuba sampaikan ilmu2 yang tak seberapa untuk insan2 yang berminat.
sungguh tak tipu.
dan kami akan hadiahkan satu perasaan yang gilang gemilang silap hari bulan air mata boleh tup tap tup tap jatuh sebab terharu bila menyaksikan hasil karya anda menjadi tatapan.
saya dah rasa semua nie di semester 1.
so kami harap.
ada antara awak2 yang punya impian yang sama
sumpah best weh.
terharu pon ada jugak sikit.
haha

unit yang ketiga dan terakhir dalam pdi
teknikal.
teknikal akan diketuai oleh fadel
ketua blok e
camp comp awak2.
fadel salah seorang rakan exco pdi
ada dua jenis teknikal sebenarnya
satu yang awak tengok jaga muzik too
satu lagi untuk setup benda2 yang sepatotnya sebelum event bermula
dan fadel selalunya akan handle bab setup2 nie
dan kami amat2 memerlukan pembantu fadel.
lelaki!
perempuan boleh masok teknikal
tapi dia akan dilatih untuk handle bahagian music
macam yang kaknurul dah buat.

serba sedikit tentang pdi yang mampu saya selitkan
yang terlintas di fikiran untuk diucap tetapi dalam nada yang sangat berterabur
maafkan saya.
pilih rakan exco yang awak minat
jangan pilih ikot kos yang awak ambik.
selamat mengisi form
kami doakan yang terbaik
maaf untuk ketelanjuran bicara time bercakap.

:)


* setrilion ucapan terima kasih (sambil angkat tangan atas bawah) untuk semua re pdi yang terlibat sepanjang moza dan malam bersama pentadbiran kolej malam tadi.semoga tuhan memberkati. :)

Sabtu, 20 Julai 2013

puasa,solat,tudung

assalamualaikum?
ya iyalah
post pertama dibulan ramadhan
selamat berpuasa sekalian
semoga diampunkan dosa
semoga bertambah amalan
semoga diterima segalanya
oh yeah
selamat hari kelahiran untuk anak2 yang kecik mahupun besar yang tarikh lahir jatuh di bulan puasa.
*saya dah selalu sangat besday bulan puasa zaman muda2 dulu ;)

tiga topik utama yang kadang2 buat aku tegelak bila pk
puasa dulu lah
aku makhluk Allah yang diuji dengan penyakit.
dari umur 7 tahun
sampai lah sekarang
bulan 11 nie insyaAllah 23 tahun
masih lagi ke hospital untuk jumpak specialist.
ayook..haha
sakit zaman kanak2 buatkan aku banyak ponteng puasa
jujur cakap
aku xpenah puasa penuh
zaman kanak2 aku punya puasa lopong2 sebab sakit
zaman dah besar sikit
puasa lopong jugak
bukan sebab sakit
sebab perempuan
hahahaha
kadang2 sampai harap sangat tak bercuti time puasa
tapi lepas dengar ceramah sikiit
so mana yang ditentukan itu yang terbaik
:)

solat
ekekekeeke
aku jahil woo bab nie
aku setat solat secara penuh masa form 4 ke form 5 cmtu
sebenarnya life kt asrama mempengaruhi
so hantarlah anak2 ke asrama
hahahaahah!
aku boleh semayang penuh
tp aku tinggal zohor
sekolah teknik balek 2.30
balek too makan
naek ke dorm dalam jam 3
3.30 dah turun prep
ok letih
-_-
sebab too aku selalu tinggal zohor
tp aku penah tegur membe aku tentang solat
walaupun aku pon solat tak penuh
lepastu kan kan kan
aku tengok membe aku solat penuh
aku jadik malu sendirik
so aku pon solat penuh
hahahha!
petunjuk Allah too mcm2 bentuk sebenarnya
diajar cara yang berlainan

yeargh tudung
masa tadika aku alim weh
sampai dlm umah pon pakai tudung
over.
hengat lagi dok men game mario sambil pakai tudung
ikat kt blakang tuuh..cheeh..haha
aku makhluk paling lewat pakai tudung masa dlm kelas
darjah 3 aku try pakai
tp terasa rimas campor gatal
aku buang
so aku pakai darjah 4
too pon xpakai penuh
ke hulu ke hilir masih xpakai tudung
aku setat pakai sepenuhnya masa form 4 ke form 5
hahahha
sebab
sebab aku dok asrama
sekali lagi aku syorkan
suruh la anak2 dok asrama
insyaAllah ada perubahan
kalau dia nak berubah
kalau Allah izinkan
insyaAllah
abang aku penah cakap kt mama
'mak..tengok dik niena..da besaq pon xpakai tudung lagi'
mama jawab
'biaq la dia..lama2 nanty dia sedaq la'
erk
ahaaha
life kt asrama jadikan aku pakai tudung sebenarnya
ke hulu hilir bertudung
so dah jadik mcm kebiasaan
bila xpakai
jadik pelik
so bagi la masa
insyaAllah
dah too ja
bye
selamat makan!
:D

Sabtu, 6 Julai 2013

KANTUNG DIRI.

ya saat ketika ini.
kakniena tengah siapkan design baju korporat.
berselubung dalam selimut
dengar surah Ar-Rahman
menyaksikan wajah2 keletihan
diselubungi kesejukan
cerita omputeh apa ntah yang masih dimainkan di tv
ya.
kakniena di bilik mmk

sengaja bahasakan diri kakniena
cuma seorang dua ja yang panggel niena
kebanyakan panggel kakniena
umur kita tak jauh beza
tapi kakniena pun xpenah halang apa yang nak dipanggil
ikut keselasaan
terpulang
:)

dua tiga hari kebelakangan nie
sorang demi sorang balik kampung
mula dengan fatanah
lepastue ada la wajah2 yang ikut jejak langkah
hampir tiga minggu berkampung
masa kebanyakan penghuni kolej kembali di kampung halaman
kita pemegang2 amanah
masih menjadi penghuni
masih makan sendirik

bermula di janda baik
berakhir di kolej za'ba
tiga minggu yang banyak tinggalkan kesan
positif dan negatif
belajar mengenali insan di bawah satu organisasi
Majlis Mahasiswa Kolej Za'ba

kakniena dah baca kantung diri
tak menyabar nak membaca
sebelum sempat balek kampong
dah amik baca
bersubahat dengan nisa
ahaha!
yeargh..
surat zaff berjaya buat kakniena nanges
tima kaseh zaff
dia pencetus idea kantung nie
dya la penyebab.haha





banyak yang tanya mana surat kakniena
xda pon.
ada sayang..
ada dalam tuh
kakniena bagi dua lagi
tanpa nama
tanpa tulisan tangan
kakniena pemalas
nak menulis
dan kakniena selalu menilai tapi xluahkan
orang yang dekat ja kakniena akan cakap sebetul2nya
bukan maksud hampa tak dekat
kakniena takut hampa tak boleh menerima
kakniena kadang akan cakap benda yang hampa xsangka
sebab tuh tanak cakap
tunggu la.
sampai masa kakniena cakap

ada yang dapat apa yg sepatutnya dia dapat
sejujur boleh kakniena cakap
bukan niat menjatuhkan
cuma itu pandangan kakniena
sebagai sahabat
mungkin sebagai kakak

terima kasih untuk komen2 positif dalam surat2 hampa
haha.
kakniena tak marah walaupun ada yang cakap 
kakniena sombong
kerek bagai
o yeahh
sebetulnya part sombong too
zaman sekolah lagi orang dah nilai mcm tuh
bila sampai masok u pon orang cakap benda yang sama
selalunya kakniena gelak ja
sbb dah tawu
so tada bebekas di hati

untuk puji2an mata cantik
God Gives namanya
Alhamdulillah
aset mungkin..
hahaha!.
kakniena pon tatawu ikut baka sapa
papepon syukur lah.
hadiah terindah dari Allah
walaupun kakniena sakit yang boleh effect ke mata
tapi sampai saat nie
mata kakniena sehat lagi
doakan sehat sampai bebila
nanty dah pakai spec
mcm mana hampa nak usha mata kakniena lagi
ahahhaahah!

kakniena agak pendiam kadang2
dan sampai masa kakniena akan bising tanpa disangka
kakniena tak berapa cakap lepas
tapi bila dah ditahan
diulang tapi masih berulang
nasib la kalau kena.
nie bukan amaran
cuma belum kenal kot.
nanty tawu lah tuh

kalau nampak kakniena nanges
mohon jangan ditanya
mohon jangan dipujuk
kakniena bukan nanges untuk kena pujok
kakniena bukan nanges untuk mintak simpati
kakniena nanges untuk diri sendirik
kakniena 'sesuatu'
bak kata salah satu surat yang kakniena dapat

banyak kakniena nak cakap
terima kasih untuk pujian
terima kasih untuk kata2 semangat
terima kasih untuk teguran
kakniena tak ambik hati
laen kali kita buat lagi
nanty kakniena karang panjang2
describe sorang2.
ahaha!

untuk penerima teguran dari kakniena
positipkan diri
mungkin org laen tak perasan
tp kakniena perasan
untuk kebaikan 
kakniena tegur
sebab sayang
kakniena mintak maap untuk segalanya
mintak maaf untuk permulaan kita
halalkan la mana yang patot eh

untuk azmir 
awak nak ke korea dah lepas raya nie
kakniena doakan yang terbaik
jaga iman
jaga solat
tapi kakniena tawu awak leh jaga semua tuh
belajar rajin2
jangan separuh2
alang2 dah berjalan
berjalan sampai hujung
akak doakan awak2 baik2 ja kat sana
dipermudahkan urusan
akak sayang awk azmir.
:)

untuk seseorang yang rasanya selamanya bersama dah tawu pon
hahaha
apa yang hampa nampak antara kami
anggap la too jawapan
xpayah la tanya sejauh mana hubungan
doakan yang terbaik
berjodoh insyAllah
kalau tak
mungkin sekadar ujian untuk kedua kalinya
berisiko sebenarnya bila rapat dalam masa yang sama partner time kerja nie
sekali jadi bukan2 terok nak handle
doakan kami jadik profesional yg mungkin
hahaha!
insyAllah
doakan jela eh.
kakniena dah profesional sebaik mungkin dah nie
koot

yeargh
untuk yang balek awal xdatang2 too
sayang hampa
nanty bukak sem kita bekerjasama yoo
;)

selamat berpuasa
nanti mesty rindu hampa
:)





Khamis, 4 Julai 2013

result

kalau diikutkan result
aku biasa2 ja
3.5 pon tak lepas.
tapi mama cakap tahniah
fit cakap tahniah
kawan2 pon cakap tahniah

dan kebanyakan kawan2 kelas pon lepas 3.5
dan lebih banyak dari aku
tapi yang buat aku terasa sebak sikit
bila
ada yang cakap

'terima kasih niena sebab banyak tolong'

aku mintak maap dalam pertolongan aku ada kekurangan
insan yang ditolong lebih baik result dari aku
aku xjeles
aku hepi bagi pihak hampa
ampa layak dapat semua too

gudluck dan tahniah :)


Rabu, 3 Julai 2013

ramadhan yang ketiga

ramadhan
untuk yang ketiga kalinya
mengharapkan kewujudan seseorang
dalam khayalan
dalam ilusi
tiada bayangan
hanya impian
secebis kenangan



Sabtu, 8 Jun 2013

memiliki kehilangan




ptg lepas dah habes semua.


8 februari 2011 dan 9 februari 2011

semua owang penah memiliki
tapi tak semua penah kehilangan
aku penah memiliki
dan aku menghadapi kehilangan
sangat susah
dari mula sampai akhir
aku ada je
tapi aku cam bodow.
tataw nak watpe
nampak owang
aku senyom
owang pelok aku
aku nanges
owang salam aku salam
sangat perit
kalau dulu aku pk
sape yang akan pegi dulu dalam family aku
skunk aku dah dapat jawapan
abah.
abah pegi dulu.
dah seminggu abah masok wad.
memang tedetik dalam hati
abah nampak lain
tapi manusia selalu nak nafikan hakikat
takotkan kehilangan
aku nafikan hakikat dengan harapan abah akan elok balik.
ari selasa
aku nga pulun masak2
sebab tengahari too aku kena p sepital
p ganti tempat abang tunggu abah
abang tunggu malam
so tengahari aku kena pegi sepital
xpenah2 aku col abah tanya nak bawak pape tak.
tapi haritoo aku col
abah cakap abah dah boleh kuar
nty ptg ajak abang mai.
kakak mai la sekalie
leh kemas2.
aku ckp xpe je.
tapi aku leteyh sebab aku dok kelam kabot masak
lepas amik maisarah kt skolah
aku cakap
'adek jela p sepital ngan abang'
'akak xlarat nak p.'
adek aku p sepital ngan abang n abah kuar wad
abah ada kol nset aku
tp aku xangkat sebab tipon dalam bilek
aku kol balek.tapi abah tak angkat
myb sebok urusan nak kuar wad
ok je.

ptang too abah sampai umah
aku nga makan
ajak abah makan
abah cakap dya tanak makan
nak air sejok
kt sepital doctor tabagi minom
aku bagi la air sejok segelas.
aku sambong makan
mama suwo eman kuarkan tilam
bagi abah tido kat sitoo
macam biasa.
aku memang xsyak pape.
lepas makan aku g tydo.
before tydo aku tengok abah
jauh je abah pandang
abah ta tego pape pon
aku pon tak tego
abah nak rehat mungkin

petang too jiran sebelah2 mai tengok abah
dowang sembang2 sbb xsempat tengok abah kt sepital.
aku pon dengar jela
abah sonok je
gelak2
cite pasai arwah wan
pasai ada owang mati kt sepital too
cite macam2
sampai pkoi 7
aku dengar jap je
lepas too aku kuar join adek aku main zeropoint.

malam too
mama ajak punggah katel, almari
nak letak katel kt tmpt tilam td
nak bg senang.
dalam hati aku
'eh mama nie.macam pelik je mcm nie'
tp aku layankan je
nak selesakan abah.
kitowang pon kemas2
abah g mandy
kuar dari toilet
dya dah penat
eman g la urut2 abah
aku,abang,maisarah ngan mama
dok kemas2
sambel2 tengok abah semua
pastoo abah masok dok dalam bilek
dya nak rehat
aku pon pulun dok kemas2
alang2 dah kemas
aku kemas bilek aku yang dah selerak gile
sbb ada bwak masok meja laptop selepas berebot ngan abang aku
meja too kt tempat nak ltak katel abah too
bila nak letak katel
meja kena ltak tmpt len
lpas berebot2 aku dpt meja too
sbb too bilek aku semak
aku bawu bukak almari amik cadar baru
tetiba abah cakap kuat dri bilek
'kakak.bancuh ayaq gula'
erk.aku pon g la bancuh
yg eman dok marah aku suro cepat
aku ngah cepat lanie
masa antaq air gula
mama suro aku g cari madu lak
mana aku nak carik madu
almari bawu kemas
barang lom teratur
aku pon dah macam pelarian dalam umah
carik madu
bila mama ckp dalam oven
bwu nampak
eman tlg aku
so dpt la amik madu
memang kelam kabot
abang aku kuar tyme too
tp dya ada pesan
kalo ada pape kol dya

abah dah pelik
dah lali
aku pon ase abah dah laen
aku urut2 kaki abah
mama ngah pangku abah
eman pon dok urut2..
maisarah pon
semua ada
kakyong ngan abang je tade
pastoo mama suro pangel makcik jiran semua
aku lari kuar bilek jap
nak tukar seluar
nty jiran mai
malu aku cmtoo
aku masok balek bilek
pacik dah kol ambulans
eman dah kol abang
sepupu aku dah pangel jiran2 seblah umah
bila abah dah makin pelik
mama ajar mengucap
maisarah ngan eman dah nanges2
tp air mata aku xkuar
aku harap abah ok lagi
aku dengar sendirik
abah mengucap
dalam takot aku syukur sebab abah mengucap.

bila jiran mai
dya mai pegang tangan abah
'oni.takdak dah nie..dah takdak'
mama mcm blur
eman ngan maisarah
dah nanges gile2
aku lak mcm blank jap.
air mata je mengalir.
pastoo ramai2 angkat abah kat katel yg kitowang punggah2 td
kami punggah nak bg abah rehat sampai sembuh
tapi abah rehat sampai bila2.

abang balek.
dya lambat sebab dya tunggu ambulans
nak tunjuk jalan
dya balek
dya nanges
aku dengar abang cakap
'mak.ngah xsempat tengok ayah..ngah xsempat mak'
mama cakap sabar.xpa nak wat cane.
mama sangat tabah
mama sekali2 kesat air mata
tp dya xnanges macam kitowang
bila maisarah nanges kt mama
mama cakap
'adek jangan teriak cmnie.nanty mama sedeyh jugak'
aku pangel maisarah.
aku cakap
'jangan cmnie.nanty mama sedeyh'
dya nanges kat riba aku.
aku diam je.
tp air mata aku mengalir.
bila ambulans sampai nak tengok abah cane
aku keluar g kt depan
aku bediri kt celah2 dinding.
aku tak g pon kat katel
aku tkot nak hadap kenyataan
bila dowang dah sahkan abah tade
aku pandang kosong je kt dinding.

owang dah makin ramai
katel pon dah ubah ke depan
lagi luas
tadi area dapor.
barang banyak
sofa2 pon dah bawak keluar
memang umah kosong.

ramainya owang
aku jd sedeyh.
aku duduk je depan too
tp bukan kat abah
sebab owang dtg lawat
aku join owang2 baca yasin
sambel2 air mata kuar
kakyong bawu balek malam too
dya pon xsempat tgok abah
sebab dya kt changlun
balek2 dya nanges kt mama
kakyong yang paling banyak nanges

aku nantok sangat malam too
aku masok nak tydo dalam jam 4.
dah 3,4 kali aku baca yasin
dalam ati cakap
'nak tydo jap.jpg sambong baca'
bawu tydo2 ayam
aku tesentak
tehoyong hayang mangon
aku xsampai hati
aku mangon jugak
aku dapat habeskan 4juzuk Quran
xbanyak pon.
sangat sedeyh.

aku demam lepas twu abah tade
badan aku panas
bila salam ngan owang mai umah
ada je tego
demam ke badan panas je?
.aku senyom je.aku ckp ntah

lepas subuh aku makin blank
dok keje tengok jam
sebab mama cakap nak 'simpan' jam 11
owang makin ramai2
kawan2 abah
owang2 kampong
cikgu2 sekolah bukit tembaga
cikgu2 skolah mama lagi
sangat ramai
umah aku dah crowded
aku smpai duduk kt tangga
naseb pintu umah banyak
boleh kuar ikot pintu laen

tiap2 kali owang pelok mama
mama nanges
tiap2 kali mama kuarkan air mata
aku pon kuar air mata
aku tesedu2
tp aku nanges dalam hati kot
air mata aku dah mcm kering.
mata aku dah kelabu.

dkt2 jam 10pg
owang angkat abah untuk g mandy
masa angkt untuk mandy
aku kt luar
so xnampak proses mengangkat
masa dah habes mandy
aku ada dlm umah
pon duduk kt tngga
so aku nampak dowang angkat abah untuk letak tempat kapan
aku nanges tyme too
abang ngan eman tlg angkat abah

bila abah dah kt tempat kapan
aku tunggu jap
bila imam cakap.
anak beranak yang nak cium mai masok dalam sket
time too la aku masok
betoi2 kt kepala abah aku bediri
pacik(adek abah) owang first cium abah
lepastoo kitowang ikot.
lepas cium aku tesedu2
macam tak caye
benda yang paling aku tkot nak hadap
masa hembus nafas terakhir dan kapan
aku sangat takot nak hadap
tp aku kena jugak
bila dah siap semua
tok imam mintk izin nak 'tutup muka'
masa too aku teresak2
nasoha.kawan abang.
usap2 kepala aku
dya cakap sabar taw.

keranda dah bawak masok
abah pon dowang dah angkat masok keranda
van jenazah dah tunggu kt luar
aku bediri kt luar masa dowang angkat abah masok dlm van
lepas letak dalam van
abang wakil keluar cakap
mintak maapkan pe semua
aku nanges tyme too
aku xsangka
abang aku yang cakap bg pihak abah

masa dah tutup semua
dowang tanya
sape nak naek van ikot jenazah
yang naek tyme too eman ngan nasoha
pastoo mama cakap
kakak p naek ngan abah
aku garu2 kepala
pastoo abang cakap
adek mai naek
aku carik2 kasot.
aku sebat kasot kakyong je
aku naek
aku duduk besila kt sitoo

aku p masjid
aku sowang je pompuan kt masjid
semayang jenazah kan lelaki
aku bediri kt beranda masjid
masa dowang semayang
aku sempat ngintai
ramai jugak.
pastoo aku dengar2
owang cakap
'ramai owang mai semayang kali nie'
dalam hati aku syukur sgt
ramai owang sudi semayangkan abah

aku naek van ag sekali untuk ke kubur
pon di posisi yang sama
aku kesat2 air mata
sampai kat kubur
emosi aku dah stabil sket
dah makin redha mungkin
pon aku gak sowang2 pompuan
mama xikot
maisarah pon tak
aku ase kakyong ikot
kakyong memang ikot
aku nampak dya jalan ngan anak sedara aku
si putri

bila keranda dah angkt kt tepi liang
dowang bukak keranda
untuk betoikan posisi abah
aku nampak dowang buat semua too
letak2 ketol tanah semua
lepastoo dowang tutup balek
abang dengan sape ag sowang ntah
tunggu dalam liang untuk sambot abah
dowang tuwunkan pakai tali
aku nampak semua
aku tengok sampai keranda abah hilang terus dari pandangan mata aku

lepastoo tok imam semua baca talkin
aku memag dah betoi2 stabil tyme too
even maseh sedih
tp air mata aku xjatoh langsong
kakyong,abang ngan eman pon camtoo
dah settle semua
ustaz nawi ada pesan kat kitowang
'kami boleh tolong siket2.tp anak2 kena rajin sedekah kt arwah'
kami angguk2 je.
insyaAllah
dok jap kt kubur
dan kami tinggalkan abah untuk selama2nya di tanah perkuburan.
'abah.satu hari nanty.kita semua jumpak lagi eh.abah rehat la dengan aman kat sana.insyAllah'

alfatihah.

5 hari before abah tade

-sangat susah nak memiliki dan kehilangan.aku nak cakap tima kaseh banyak2 kt membe2 aku.yang antaq mesej kt nset.yang col.yang post kt fb.tp aku tak reply sangat.sebab banyak.aku dah penin nak reply.semua yang tolong dari awal sampai habes.tima kaseh sangat2.Allah je mampu balas doa2 kalian.thax kat fitriah jugak.dikau la kawan aku dunia akhirat.leteyh2 sampai dari jeddah ke mesia.kl ke alor star.sangop singgah umah aku dlu.pertemuan singkat too buat aku terharu sangat.maap kalo senyum aku palsu malam tadi.tima kaseh semua.

Khamis, 6 Jun 2013

etnik kreatif

saya diajar warnanya beku2 sahaja
hitam putih kelabu
hijau jarang2 sekali
mungkin tidak wujud langsung

meriah sekali warnanya
nak tarik perhatian pembaca rasanya
bling2 mata
tapi sayang
xfaham2 jugak

terasa otak dilitupi helmet tebal
nak masok sebelah kiri
terhalang
sebelah kanan terhalang
belakang
terhalang
hadapan?
ya hadapan mungkin boleh
tapi masok ke mata
ditiup bayu
kembali membuta
selamat malam dunia



Rabu, 5 Jun 2013

kerana

assalamualaikum.

kerana kita punya masa silam
saya belajar menerima kesalahan
kerana kita punya masa silam
saya belajar untuk memaafkan
kerana kita berbeza di mata manusia
saya belajar untuk menilai
kerana kita punya masa silam
saya belajar mengubah pandangan
kerana kita punya masa silam

mohon jangan dinilai manusia dari kesalahan
kita tak pernah tawu betapa susah bangkit dari kegagalan
hilang dari kesalahan
dihantui oleh permasalahan
tolonglah
walau diri sendiri bermasalah.
ramai orang perlukan pertolongan
tapi berapa ramai sudi menolong.
:)

Jumaat, 31 Mei 2013

selamanya.

31 / 5 / 13

selain dari tarikh nie mungkin besday orang
tapi tarikh nie agak keramat bagi aku
seminggu aku tingtong sampai budak rumah pon xnampak muka aku
sampaikan ada yang cakap
bukan senang nak tengok niena bz
kena rekod ni
*nampak sangat aku senang lenang selama nie

banyak nak diluah
tapi tak terluah
faktor utama air mata.
aku sensitip sikit bab air mata nie
mudah nak nangis
dok sorang2 pon tetiba air mata jatuh
haha
aku luah kt sini
kalau orang too baca pon
alhamdulillah

kaknurul
sori sebab niena cuma mampu pelok dan nanges
jujur cakap
niena banyak benda nak cakap
nak luah
tapi niena bukan style meluah
pasai apa yang dah jadik kt kita
berbulan tak bercakap
niena mintak maap
dan niena xpenah bedendam untuk semua tuh
niena maapkan semua kesalahan kaknurul
niena halalkan segala ilmu niena
benda yang buat kita berselisih faham atau bergaduh mungkin too
agak menyakitkan dalaman niena
sampai sekarang niena masih lagi nanges kalau niena bukak crita too
dan niena nanges td pon masa kaknurul bercakap
sbb kaknurul sebut pasai too
niena mmg xleh dengar dan xleh cakap pasai tuh
dan niena akan nanges
nanges bukan sbb bedendam.
tapi ntah la
mungkin terselit dalam hati tuh rasa kecewa sikit2 kot
niena penah cakap yang niena tanak jadik penyambung pdi
sungguh2 niena tanak
hari yang niena buat keputusan nak keluar dari MT open day
benda yang sama niena pk
niena xnak jadik penyambung pdi jugak
tapi niena nie lembut hati sikit kadang2
xpandai nak panjang2kan cerita
kaknurul dtg rumah
mintak maap dan mintak tlg niena isi borang JMK
niena pk2 balek...apa yang dah kaknurul bg kat niena selama nie
apa yang kakzyla,azim,syed,epol percaya ngan niena
niena terima untuk jadik penyambung
kaknurul penyebab utama niena terjebak dalam aktiviti kolej
terima kasih untuk segalanya
:)

maziah sabri
makhluk Allah yang mengaku aku sifu dia
hahaaha.
thax maz
sebab selalu ada
sebab jadik SU kakniena dari sem 1
sebab xbanyak mengeluh
sebab banyak setuju dengan apa yang kakniena cakap
tataw la maz setuju sebab hormat kakniena lagi tua
atau betoi2 setuju
tapi kalau rasa yang salah tlg la jujur2kan diri
maz org yang kakniena respek
orang yang berkelulusan matrik
tapi boleh sampai ke tahap nie
lagi elok dari kakniena rasanya
hebat dalam fotografi
asah dalam design
insyaAllah makin kedepan satu hari nanty
kakniena percaya kt maziah
tlg ada tyme jatuh bangun kakniena
tlg sapot kakniena tlg
tlg pape yang patot
maziah dah macam adik kakniena kt sini
selagi boleh tlg kakniena tlg
terima kasih untuk semua yang dah berlaku
:)

karim
terima kasih sebab sama2 terok untuk seminggu sebelum watikah
terima kasih untuk dengar masalah
mintak maap kalau ada terkasar bahasa
mintak maap untuk pape jela yang sengaja
hahaahahahahah!
ramai sgt doakan kita
naek segan pulak
mohon sampai ke penghujung ya kerjanya.
terima kasih ...
:)

terima kasih untuk semangat zaman
walaupun niena tak tergolong dalam kalangan kalian
tapi banyak aktiviti yang kalian buat
niena join secara sengaja ataupon x
terima kasih untuk pengalaman
terima kasih untuk pengenalan
terima kasih untuk pengajaran
selamat berehat
selamat maju jaya
:)

selamanya bersama
banyak benda kita kena hadap nanty
nanty2 kita kenal lah
yang penting saya xsombong
hahaahahhaa

sayang mantan jmk
sebab kalian buat saya bukak minda yang pangkat tak membezakan kita
dan kalian jugak yang bagi kepercayaan untuk saya kt sini
:)

*aku payah nak nanges depan orang taw...sekali depan asma..nie..depan ramai orang jugak.haahaaahaha...aku senang nanges..too jela..bye..lebiu!






*walaupon xdak muka asma.kakniena sayang asma. <3 p="">

Ahad, 19 Mei 2013

terima kasih

assalamualaikum.

terima kasih Allah.
saya belajar benda baru.
saya belajar menilai sekeliling.
saya belajar menghargai.
saya belajar punya cinta suatu ketika.
saya merana terlalu kecewa.

terima kasih Allah
bangkitkan saya semula.
hampir dua tahun memendam rasa.
hampir dua tahun merawat luka di jiwa.

terima kasih Allah
kembalikan saya ke dunia sediakala.
sedarkan saya yang semakin terleka.
tarik saya sebelum terlanjur dalam bicara.
terima kasih Allah.

terima kasih Allah
kenalkan saya buat kali kedua.
dengan insan yang langsung tak pernah saya duga.
yang langsung tak pernah terlintas di jiwa untuk pertama kali bersua.

terima kasih Allah.
kurniakan kembali rasa.
untuk sujud istikharah cinta.
berikan saya petunjuk mengenal dia.
hargai hati yang pernah kecewa.
andai dia yang Engkau cipta.
mohon kuatkan rasa.
tabahkan jiwa.
bimbinglah kami bersama.

:)

Rabu, 15 Mei 2013

cikgu

assalamualaikum
selamat hari guru
:)

jika dihitung dizaman persekolah
berapa kali kena marah
berapa kali kena denda
tak terhitung rasanya
terasa diri budak baik
tapi bila diusha secara mendalam
kurang tahap skemanya
slalue jugak didenda
tambah2 di zaman menengah
mungkin tocang dah naek
otak dah mula mengedik
carik alasan
tunjukkan perangai

takot dengan cikgu
tapi masih mencarik masalah
masok kelas lambat
kadang2 sengaja lari
hilang dari kelas nikmat tak terhingga
baru nak mula langkah
dah tersalah
terpaksa masok kelas
diketok kepala dengan surat khabar
tengok papan putih dari atas lantai
oh didenda bersila tanpa kerusi
bayangkan tahap ketinggian meja makmal sains
dan kami dibawah menyalin nota
terasa nak putus leher
mengintai2 tengok papan putih
kenangan

kelas bi jadi sasaran
kena denda seakan2 keseronokan
terasa macam seksaan
tapi bila dilakukan secara berjemaah boleh dijadikan bahan
bersila di depan kelas
berdiri di koridor kelas
star jump di padang berdepan dengan kelas
jalan itik sampai ke dewan
oh nikmat
hahahhaha!
walaupun sedar diri akan didenda andai homework masih bersisa
tapi biarkan saja
sebab dah tawu
mesti aku kena
hahaha
maafkan kami teacher
love you <3 p="">
banyak benda kalau nak dicerita
malas nak membuka semua
tapi bila dilihat putaran zaman
punya beza yang ketara
andai anak dulu sehabis manja
jarang ada ibu bapa yang datang seakan mencarik mangsa
lihat anak zaman sekarang
pantang disentuh
mungkin binasa yang ditempa

jangan manja sangat sayang
nanti takda kenangan nak disetori

*selamat hari guru <3 p="">